Saturday, July 24, 2010

KENALI PERSONALITI ANAK ANDA.....



(Children’s behaviorol Styles at 3 Age Are linked To Their Adult Personality Traits at age 26)

By;

Avshalom caspi, Honalee Harrington, Barry Milne, James W. Amell, Reremoana F. Theodore, Terrie E. Moffitt

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Avshalam Caspi (Institute of psychology, King’s College London and University of Wisconsin-Madison, Honalee Harrington, University of Wiscosin-Madison, Barry Milne, James W.Amell, Reremoana F. Theodore University of Otago, Terrie E. Moffitt, Institute of Psyhiatry, King’s College London and University of Wisconsin Madison terhadap 1,000 kanak-kanak berusia 3 tahun yang mempamerkan 5 jenis sikap antaranya luar kawalan, penarikan diri, berkeyakinan, menyimpan dan penyesuaian dengan baik. 23 tahun kemudian mereka mengkaji semula 96% daripada kanak-kanak tersebut sebagai seorang dewasa menggunakan metod soal selidik penilaian personaliti komprehensif, melalui temubual dengan individu sendiri dan juga laporan daripada orang lain yang berkenaan.

Data-data ini melengkapkan bukti pada kajian yang mengambil masa yang lama dan panjang untuk mengetahui bayangan awal tentang jenis tingkahlaku, fikiran, perasaan dalam penemuan personaliti manusia pada awal kehidupan mereka. Sungguhpun kajian yang dilakukan terdapat banyak halangan dan juga cabaran, namun kajian tersebut tetap dapat membuktikan sesuatu terhadap pengkajinya. Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati kanak-kanak berusia 3 tahun akan membawa trait personaliti mereka semasa berumur 3 tahun sehingga berusia 26 tahun dibuktikan melalui soal selidik (MPQ). Daripada dapatan tersebut, terdapat 6 jenis personaliti telah diklasifikasikan.

Jenis yang pertama adalah pengasingan atau penyisihan. Individu yang mendapat skor tinggi pada skala ini terhadap MPQ, mempercayai bahawa mereka menjadi mangsa terhadap nasib malang, ada orang lain mengharapkan mereka ini menderita, mereka akan merasai tidak diberikan perhatian, rasa terbiar, rasa dikhianati, ditipu oleh orang lain daripada kehidupan mereka. Kanak-kanak yang tidak terkawal ini akan mendapat skor yang tinggi pada skala ini

Jenis yang kedua adalah Tindakbalas tekanan. Individu yang memperolehi skor yang tinggi pada MPQ menunjukkan tendensi kekurangan pengalaman dan menunjukkan emosi yang negatif termasuklah kebimbangan melampau (anxiety), tekanan yang melampau dan sentiasa dalam kemarahan. Kanak-kanak yang boleh menyesuaikan diri mendapat skor yang rendah dalam skala ini dan mereka lebih suka untuk mendapatkan pengalaman luar yang menakjubkan. Manakala kanak-kanak yang luar kawalan pula menunjukkan skor yang juga tinggi dan mengakui yang mereka kerapkali bertindakbalas emosi negatif pada keadaan-keadaan biasa.

Jenis yang ketiga adalah tradisional dimana individu menjawab skor tinggi pada skala ini melibatkan konvensional, moral, kepercayaan autokkratik dan sikap. Sebagai contoh, skala tinggi menunjukkan kanak-kanak tersebut mendapat didikan yang agak ketat, tidak mendapat toleransi dan juga tidak dapat menyuarakan kehendak dan pendapat mereka. Kanak-kanak yang tidak terkawal ini akan mendapat skor yang tinggi semasa usia dewasa, manakala kanak-kanak berkeyakinan mendapat skor yang rendah dan membesar menjadi seorang konvensional dan memperlihatkan sedikit kerisauan tentang apa yang mereka akan lakukan.

Jenis keempat adalah mengelak daripada kesakitan. Individu yang memperolehi skor yang tinggi pada skala MPQ, mengelakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang membahayakan fizikal dan juga aksi-aksi lasak yang ngeri dan lebih banyak bergantung selagi merasa selamat dan sedaya upaya mengelak daripada melakukan aktiviti yang membawa risiko kecederaan. Kanak-kanak yang menarik diri mendapat skor yang tinggi pada skala ini diikuti kanak-kanak yang memendam. Keduanya kumpulan tersebut berasingan daripada kumpulan kanak-kanak yang tidak terkawal dan juga kurang dipercayai manakala kanak-kanak berkeyakinan setelah dewasa menyatakan mereka seronok dengan pengalaman yang menyeronokkan dan juga aktiviti yang membahayakan.

Jenis kelima adalah potensi sosial. Skor yang tinggi menunjukkan berpotensi untuk memaksa dan berkeupayaan membuat keputusan dengan cepat. Kanak-kanak dalam kumpulan yang menarik diri dan juga memendam mendapat skor yang rendah pada skala ini dan mereka menyatakan lebih gemar merujuk kepada orang lain untuk membuat sebarang keputusan dan mereka tidak gembira sekiranya diberikan perhatian ditengah-tengah kelompok. Manakala kanak-kanak yang mempunyai keyakinan menunjukkan skor yang tinggi berbanding kumpulan kanak-kanak lain dan dewasa nanti dijangkakan akan menjadi seorang tokoh kepimpinan dan menjelaskan diri mereka berkuasa dan juga dinamik.

Jenis keenam adalah pencapaian. Skor tinggi pada skala ini menunjukkan tendensi untuk bekerja dan dapat membawa diri mereka sendiri dengan kuat. Kanak-kanak yang mengasingkan diri dan juga memendam akan mendapat skor yang rendah pada skala ini dan mencadangkan mereka mengelak daripada kerja yang diharapkan dan mereka juga tidak mempunyai citacita yang tinggi.

Kesimpulannya, personaliti dewasa mempunyai kolerasi terhadap pembawan zaman kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak terkawal membesar dan akan membawa kerektor trait yang tinggi terhadap emosi negatif. Kanak-kanak yang berkeyakinan pula membesar menjadi seorang yang benar-benar menonjol dan berbeza pula kanak-kanak yang dapat sesuaikan diri, penarikan dan memendam. Pada usia 26, MPQ mendapati terdapat perbezaan pada usia dewasanya di mana kanak-kanak yang berkeyakinan bersifat ektrovet dan kanak-kanak yang mengasingkan diri juga mempunyai personaliti ekstrovet. Manakala kanak-kanak luar kawal bersikap memberi keseronokkan dan menunjukkan tendensi kebimbangan. Akhirnya kanak-kanak yang dapat menyesuaikan diri dan mempunyai keyakinan diri akan lebih terbuka kepada pengalaman.

Oleh sebab demikian, saya berpendapat kanak-kanak melalui satu peringkat perkembangan personaliti berterusan dan ianya boleh berkembang dan juga boleh berada dalam keadaan statik. Saya bersetuju sekiranya kanak-kanak membentuk personaliti mereka sewaktu dewasa daripada asuhan, didikan, pemerhatian dan persekitaran. Semua faktor ini akan mendorong perkembangan sekaligus membentuk satu personaliti dewasa kelak. Sewajarnya ibubapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang sihat, corak didikan yang sempurna dan memberi peluang kanak-kanak meneroka alamnya kerana penerokaan tersebut membuatkan kanak-kanak mengetahui, memahami, mencari dan membentuk identiti mereka.