Thursday, August 12, 2010

Wajah senyuman : Skala ukur bagi penilaian kanak-kanak.
Ditulis oleh wan Ahmad Jaafar b. Wan Yahaya & *Sobihatun Nur bt Abdul Salam
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang
*Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah
Kanak-kanak seusia awal 5 hingga 9 tahun kebiasaannya mempunyai kemampuan dan keupayaan yang rendah dalam pembacaan. Mereka juga mungkin tidak dapat membaca perkara yang misteri dan kadangkala tersalah faham atau tersilap dalam mencapai maksud sebenar. Dalam penilaian bersama kanak-kanak ini ia menggunakan pelbagai soalan, wajah-wajah senyuman yang digunakan sebagai skala alat ukur dan mencuba untuk mendapatkan tanda-tanda masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Tujuan utama kertas ini adalah untuk mengukur kesesuaian skala ukur bagi memberikan maksud motivasi dikalangan kanak-kanak seterusnya meyakinkan penggunaan pembelajaran persekitaran secara multimedia (PMLE). Kertas ini terdapat tiga tahap.
Pertama bermula dengan konsep skala pengukuran terhadap wajah senyuman bagi mengukur rasional kanak-kanak berdasarkan perspektif mereka, kedua intruksional Material skala pengukuran. Dengan menggunakan wajah senyuman untuk mengukur motivasi dalam terma perhatian, releven, keyakinan dan kepuasan. Responden adalah pelajar sekolah rendah berumur antara 7 hingga 9 tahun. Ketiga, maklum balas daripada kanak-kanak dan juga guru mengikut skala ukur wajah senyuman adalah menilai dan mengenalpasti apakah perkara-perkara yang mendatangkan masalah dan juga limitasi. Pendapat semasa pembelajaran dan pengajaran.
1.0 Pengenalan
Kanak-kanak berfikir dan memberi reaksi yang berbeza-beza dengan golongan dewasa. (Preece, at al 2006). Duduk bersama kanak-kanak dalam situasi temubual yang formal tidak akan menberi keputusan apa-apa kerana menghadapi kesenyapan. Kertas ini menjelaskan rasionalnya menggunakan skala wajah senyuman dan menunjukkan beberapa wajah senyuman ia amat praktikal apabila digunakan dalam pengukuran tersebut.


1.1 Rasional penggunaan skala wajah senyuman terhadap penilaian kanak-kanak.
Dalam bidang perubatan, skala wajah senyuman telah digunakan secara meluas untuk mengukur kesakitan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kebanyakkan kanak-kanak tidak dapat melaporkan secara lisan tahap kesakitan yang mereka lalui, ini disebabkan mereka terlalu muda untuk menjelaskan keadaan tersebut dan mungkin juga kelemahan daripada komunikasi. Laporan diri sendiri adalah seolah-olah maklumat standant untuk mengukur kesakitan. (Finley,G.A, 2001). Laporan kesakitan oleh pesakit sendiri kebiasaaannya diukur berdasarkan kadar daripada tidak sakit sehingga kesakitan yang tidak dapat digambarkan. Ianya boleh diperingkatkan 0-10 secara skala numerical yang mana ia amat mudah digunakan dan sesuai untuk remaja dan juga kanak-kanak yang lebih besar dan juga untuk orang dewasa. Kanak-kanak yang masih kecil memerlukan sesuatu alat bagi membantu mereka menjelaskan konsep yang sangat abstrak. Pada kebanyakkan keadaan, ianya dibangunkan dalam bentuk wajah senyuman dalam menentukan tahap tekanan yang dihadapi.
Wajah senyuman ini juga membantu untuk mengenalpasti dan menyatakan atau dapat mengukur kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan pergigian. (Buchanan, H, 2005) Justifikasi penggunaan skala ini adalah kerana skor mudah diurus dan ideal untuk kanak-kanak, dan menarik minat kanak-kanak serta mudah untuk diinterpretasikan.

1.2 Contoh Skala Wajah Senyuman
Terdapat 3 contoh skala wajah senyuman yang telah diberikan dalam kertas ini. Pertama adalah skala wajah senyuman (SFAS). Ia adalah salah satu penilaian sikap yang digunakan untuk mengukur domain afektif kanak-kanak. SFAS telah digunakan oleh kakitangan Camp Koinonio yang mana setiap minggu program perkhemahan dijalankan kepada kanak-kanak pelbagai kurang upaya di Tennessee untuk mendapatkan apakah yang di perolehi oleh setiap individu samada pengalaman dan perasaan semasa perkhemahan tersebut


Figure 1.1: The example of the Smiley Faces assessment scale used at Camp Koinonia in 1997
(source from Yang J. H., 2004)

Contoh penilaian skala wajah senyuman yang digunakan di Camp Koinonia pada 1997 adalah wajah bosan, okey, baik, bagus, riang.
Kedua adalah skala wajah senyuman tentang persoalan berkaitan dengan perasaan ketakutan kanak-kanak terhadap doctor dan hospital (Vitorine, et al, 2004) Dalam skala likert yang digunakan adalah skor 1-7 ( 1 menunjukkan sangat takut dan 7 sangat gembira dan selesa). Kanak-kanak akan ditanya mengenai pengalaman lepas terhadap doctor dan juga hospital dan bagaimana perasaan mereka terhadap doctor dan hospital sebelem kedatangan Teddy Bear hospital. Selepas kedatangan Teddy Bear tersebut, kanak-kanak akan berbelah bagi untuk menjawab soalan yang merangkumi bagaimana gembiranya mereka dengan Teddy Bear, bagimana alat mainan tadi boleh menggembirakan, kanak-kanak tersebut gembira dengan mainan doctor untuk merawat mainan tersebut, apa yang mereka suka tentang Teddy bear Hospital, dan apa perasaan mereka tentang doctor dan hospital sekarang sekiranya teddy bear yang akan membantu mereka untuk mengurangkan rasa ketakutan. Ilutrasi pelbagai rupa wajah untuk menggambarkan ketakutan terhadap doctor dan hospital.



The example of seven faces used as an assessment scale in measuring
children dental anxiety (Buchanan, H., 2005
1.3 contoh reaksi wajah senyuman untuk mengukur skala ketakutan kanak-kanak terhadap doctor dan hospital.
Ketiga, ia adalah mengenai penggunaan wajah senyuman sebagai pengukur kerisauan terhadap doctor pergigian . Insturmen ini dipanggil Program skala Senyuman (SFP). Terdapat 5 dimensi yang menjadi penyebab utama factor kepada kerisauaan pergigigan terhadap kanak-kanak. Pengukuran skala terhadap SFP ialah menggunkan 7 set skala wajah senyuman untuk menjelaskan perasaan kanak-kanak dan ia bermula1-7. Skor minumun adalah 4 dan maksimum adalah 28 yang manan menunjukkan kerisauan yang tinggi. Rajah 1.3 menunjukkan contoh 7 pengukuraan yang difokuskan untuk mengukur kerisauan kanak-kanak tersebut.

The example of seven faces used as an assessment scale in measuring
children dental anxiety (Buchanan, H., 2005
2.0 Penilaian
Pengkaji telah mengendalikan penerokaan terhadap pengurusan penggunaan alat ukur ini terhadap kanak-kanak dalam beberapa perkara mengenai perhatian, kesesuaian, keyakinan dan kepuasan. Ujian motivasi akan dijalankan untuk mengukur tahap kanak-kanak penggunakan kaedah pembelajaran persekitaran multimedia (PMLE). Pendekatan pembelajaran persekitaran multimedia merujuk kepada persembahan multimedia untuk menyokong pembelajaran dengan menggabungkan elemen yang berbeza daripada media contoh seperti teks, grafik, bunyi, animasi dan video terhadap penggunaan computer untuk mengubah tingkahlaku dan gannguan tingkahlaku. PMLE adalah contoh pertama yang akan ditiru untuk perkembangan di masa akan dating untuk mengurangkan kebimbangan kanak-kanak terhadap pergigian di kalangan populasi Malaysia. Dalam kajian ini tidak ditonjolkan ujian motivasi melalui IMMS untuk mengukur tahap motivasi di kalangan kanak-kanak tetapi ia cubaan untuk menyiasat dua perkara. Persoalan kajian yang pertama adalah “ Adakah kanak-kanak merasai skala wajah senyuman membantu mereka menjawab soalan tentang ketidakselesaan, kesakitan atau kerunsingan? Dalam bentuk lain ia mahu melihat bagaimanan pendekatan menggunakan 5 set wajah senyuman sebagai skal ukur menjadi sesuai atau tidak, terutamanya membantu kanak-kanak dalam menjawab soalan dengan betul. Pernytaan soalan yang kedua adalah, Adakah kanak-kanak sesuai menjawab soalan dlam IMMS? Untuk tujuan itu, kanak-kanak sekolah berumur 7 hingga 9 tahun dipilih menjadi responden. Alat kajian dan tatacara digunakan untuk penilaian tersebut dan akan dibincangkan pada ruang seterusnya.
2.1 Alat Ukur
Soalan-soalan tersebut adalah IMMS yang mana diadaptasikan oleh Keller (1987). Ia merangkumi 36 soalan dan terdapat 4 skala ukur. Ianya adalah Perhatian, kesesuaian, keyakinan dan kepuasan. Respon menggunakan 5 set wajah senyuman menujukkan tahap daripada 1 (sangat setuju) 2 (setuju) 3 (tidak pasti) 4 (tidak setuju) dan 5 (sangat tidak setuju). Menurut Keller (1993) kesahan alpa croncbach menunjukkan koofesion pada setiap ARCS dimensi 0.89, 0.81, 0.90, dan 0.96. Rajah 2.0 menunjukkan 5 wajah skala yang digunakan sebagai alat pengukuran untuk penilaian kanak-kanak. Kesahan insrtumen akan dilihat daripada guru-guru pakar.
2.2 Tatacara
Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini dikehendaki menjawab menggunakan PMLE pada permulaan. Selepas mereka sudah berpengalaman menggunakan pada kali pertama, mereka akan diberi IMMS. Guru-guru bertindak sebagai fasilitator, monitar pelajar dan membantu jika diperlukan. Instrument ini juga mencuba untuk menyiasat kesan akan datang terhadap penggunaan pengajaran multimedia di kalangan kanak-kanak. Skor IMMS akan di kodkan dan aplikasi SPSS digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi.

3.0 Keputusan
Keputusan adalah berasaskan kualitatif komen daripada kanak-kanak selepas daripasa penilaian tersebut. Menurut soalan pertyama kajian, mereka melihat keadaan skala wajah senyuman membantu mereka untuk menerangkan tahap kerisauan dan kesakitan yang kanak-kanak alami.Melalui penilaian tersebut, kank-kanak menemui terdapt 5 jenis muka senyuman sebagai pilihan yang sukar untuk mereka pilih dan dapat memberikan jawapan yang tepat dengan apa yang dirasai. Disebabkan itu, kanak-kanak mendapati kesukaran untuk memilih wajah yang betul dan tepat dengan apa yang mereka ingin sampaikan. Ianya juga turut diakui oleh guru dan melihat mereka menjalani IMMS.
4.0 Cadangan dan Kesimpulan
Mereka meneriam bahawa skala wajah senyuman IMMS sebagai intrumen skala untuk kanak-kanak. Strategi untuk membantu kanak-kanak menjawab soalan dengan mudah dan juga menyeronokkan. Keputusan daripada ekplorasi kajian dengan kanak-kanak dan guru-guru menemui bahawa 5 jenis wajah senyuman tidak sesuai untuk menyatakan jawapan yang betul terhadap soalan yang diberikan. Kami mencadangkan ubahsuaian terhadap 5 jenis wajah senyuman dengan lebih jelas atau perbezaan yang lebih jelas menunjukkan maksud yang tepat seperti contoh Skala yang digunakan oleh Victorine et all (2004)
Guru juga member komen IMMS memberikan soalan yang sangat panjang untuk dijawab oleh kanak-kanak. Soalan yang panjang mnenyebabkan kanak-kanak mudah boring dan sukar untuk memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan. Ianya perlu diringkaskan kerana kanak-kanak yang terlibat sukar untuk member perhatian yang lama.

Saturday, July 24, 2010

KENALI PERSONALITI ANAK ANDA.....



(Children’s behaviorol Styles at 3 Age Are linked To Their Adult Personality Traits at age 26)

By;

Avshalom caspi, Honalee Harrington, Barry Milne, James W. Amell, Reremoana F. Theodore, Terrie E. Moffitt

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Avshalam Caspi (Institute of psychology, King’s College London and University of Wisconsin-Madison, Honalee Harrington, University of Wiscosin-Madison, Barry Milne, James W.Amell, Reremoana F. Theodore University of Otago, Terrie E. Moffitt, Institute of Psyhiatry, King’s College London and University of Wisconsin Madison terhadap 1,000 kanak-kanak berusia 3 tahun yang mempamerkan 5 jenis sikap antaranya luar kawalan, penarikan diri, berkeyakinan, menyimpan dan penyesuaian dengan baik. 23 tahun kemudian mereka mengkaji semula 96% daripada kanak-kanak tersebut sebagai seorang dewasa menggunakan metod soal selidik penilaian personaliti komprehensif, melalui temubual dengan individu sendiri dan juga laporan daripada orang lain yang berkenaan.

Data-data ini melengkapkan bukti pada kajian yang mengambil masa yang lama dan panjang untuk mengetahui bayangan awal tentang jenis tingkahlaku, fikiran, perasaan dalam penemuan personaliti manusia pada awal kehidupan mereka. Sungguhpun kajian yang dilakukan terdapat banyak halangan dan juga cabaran, namun kajian tersebut tetap dapat membuktikan sesuatu terhadap pengkajinya. Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati kanak-kanak berusia 3 tahun akan membawa trait personaliti mereka semasa berumur 3 tahun sehingga berusia 26 tahun dibuktikan melalui soal selidik (MPQ). Daripada dapatan tersebut, terdapat 6 jenis personaliti telah diklasifikasikan.

Jenis yang pertama adalah pengasingan atau penyisihan. Individu yang mendapat skor tinggi pada skala ini terhadap MPQ, mempercayai bahawa mereka menjadi mangsa terhadap nasib malang, ada orang lain mengharapkan mereka ini menderita, mereka akan merasai tidak diberikan perhatian, rasa terbiar, rasa dikhianati, ditipu oleh orang lain daripada kehidupan mereka. Kanak-kanak yang tidak terkawal ini akan mendapat skor yang tinggi pada skala ini

Jenis yang kedua adalah Tindakbalas tekanan. Individu yang memperolehi skor yang tinggi pada MPQ menunjukkan tendensi kekurangan pengalaman dan menunjukkan emosi yang negatif termasuklah kebimbangan melampau (anxiety), tekanan yang melampau dan sentiasa dalam kemarahan. Kanak-kanak yang boleh menyesuaikan diri mendapat skor yang rendah dalam skala ini dan mereka lebih suka untuk mendapatkan pengalaman luar yang menakjubkan. Manakala kanak-kanak yang luar kawalan pula menunjukkan skor yang juga tinggi dan mengakui yang mereka kerapkali bertindakbalas emosi negatif pada keadaan-keadaan biasa.

Jenis yang ketiga adalah tradisional dimana individu menjawab skor tinggi pada skala ini melibatkan konvensional, moral, kepercayaan autokkratik dan sikap. Sebagai contoh, skala tinggi menunjukkan kanak-kanak tersebut mendapat didikan yang agak ketat, tidak mendapat toleransi dan juga tidak dapat menyuarakan kehendak dan pendapat mereka. Kanak-kanak yang tidak terkawal ini akan mendapat skor yang tinggi semasa usia dewasa, manakala kanak-kanak berkeyakinan mendapat skor yang rendah dan membesar menjadi seorang konvensional dan memperlihatkan sedikit kerisauan tentang apa yang mereka akan lakukan.

Jenis keempat adalah mengelak daripada kesakitan. Individu yang memperolehi skor yang tinggi pada skala MPQ, mengelakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang membahayakan fizikal dan juga aksi-aksi lasak yang ngeri dan lebih banyak bergantung selagi merasa selamat dan sedaya upaya mengelak daripada melakukan aktiviti yang membawa risiko kecederaan. Kanak-kanak yang menarik diri mendapat skor yang tinggi pada skala ini diikuti kanak-kanak yang memendam. Keduanya kumpulan tersebut berasingan daripada kumpulan kanak-kanak yang tidak terkawal dan juga kurang dipercayai manakala kanak-kanak berkeyakinan setelah dewasa menyatakan mereka seronok dengan pengalaman yang menyeronokkan dan juga aktiviti yang membahayakan.

Jenis kelima adalah potensi sosial. Skor yang tinggi menunjukkan berpotensi untuk memaksa dan berkeupayaan membuat keputusan dengan cepat. Kanak-kanak dalam kumpulan yang menarik diri dan juga memendam mendapat skor yang rendah pada skala ini dan mereka menyatakan lebih gemar merujuk kepada orang lain untuk membuat sebarang keputusan dan mereka tidak gembira sekiranya diberikan perhatian ditengah-tengah kelompok. Manakala kanak-kanak yang mempunyai keyakinan menunjukkan skor yang tinggi berbanding kumpulan kanak-kanak lain dan dewasa nanti dijangkakan akan menjadi seorang tokoh kepimpinan dan menjelaskan diri mereka berkuasa dan juga dinamik.

Jenis keenam adalah pencapaian. Skor tinggi pada skala ini menunjukkan tendensi untuk bekerja dan dapat membawa diri mereka sendiri dengan kuat. Kanak-kanak yang mengasingkan diri dan juga memendam akan mendapat skor yang rendah pada skala ini dan mencadangkan mereka mengelak daripada kerja yang diharapkan dan mereka juga tidak mempunyai citacita yang tinggi.

Kesimpulannya, personaliti dewasa mempunyai kolerasi terhadap pembawan zaman kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak terkawal membesar dan akan membawa kerektor trait yang tinggi terhadap emosi negatif. Kanak-kanak yang berkeyakinan pula membesar menjadi seorang yang benar-benar menonjol dan berbeza pula kanak-kanak yang dapat sesuaikan diri, penarikan dan memendam. Pada usia 26, MPQ mendapati terdapat perbezaan pada usia dewasanya di mana kanak-kanak yang berkeyakinan bersifat ektrovet dan kanak-kanak yang mengasingkan diri juga mempunyai personaliti ekstrovet. Manakala kanak-kanak luar kawal bersikap memberi keseronokkan dan menunjukkan tendensi kebimbangan. Akhirnya kanak-kanak yang dapat menyesuaikan diri dan mempunyai keyakinan diri akan lebih terbuka kepada pengalaman.

Oleh sebab demikian, saya berpendapat kanak-kanak melalui satu peringkat perkembangan personaliti berterusan dan ianya boleh berkembang dan juga boleh berada dalam keadaan statik. Saya bersetuju sekiranya kanak-kanak membentuk personaliti mereka sewaktu dewasa daripada asuhan, didikan, pemerhatian dan persekitaran. Semua faktor ini akan mendorong perkembangan sekaligus membentuk satu personaliti dewasa kelak. Sewajarnya ibubapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang sihat, corak didikan yang sempurna dan memberi peluang kanak-kanak meneroka alamnya kerana penerokaan tersebut membuatkan kanak-kanak mengetahui, memahami, mencari dan membentuk identiti mereka.





Tuesday, June 29, 2010

Aktiviti Guru-Guru Kaunseling Sekolah




Encik Ngoi Hin Hoo

Pn Kiew., Pn Nurul Aida, Miss Ling Pei zse

LAWATAN KE PENANG
lawatan ini membawa pelajar ke USM bagi eksplorasi dunia siswa.......